Pihak pengurusan institusi pengajian tinggi (IPT) diminta membuat laporan sekiranya capaian liputan internet di kawasan kampus mereka kurang memuaskan.<br /><br />Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching berkata tindakan segera akan diambil kementeriannya termasuk bekerjasama dengan syarikat telekomunikasi bagi memastikan kawasan kampus mempunyai liputan yang baik.
